Sunday, December 12, 2010

GiveAway Haven Restaurant Cash Voucher From Eyriqazz.com

Salam.
Lama sudah tidak meng-UPDATE kan diri.
Al-maklumlah kesibukan melanda diri. Tatkala minggu pendaftaran dan sbgnya. :D

Walaupun sibuk teramat, saya masih meng-usha beberapa blog yang menarik perhatian saya.
Contohnya Blog PakCik Eyriqazz ni. Wah Wah. Dia memang banyak ilmu dalam dunia blog.
suka suka tengok blog dia.hoho~~
Sebenarnya saya bukanlah seorang blogger yang tegar. Wah gitu? ekekeke.
Terjumpa blog pakcik sorang ni pun disebabkan oleh kawan yang memerlukan vote pada My Raya Moment contest yang disertainya.
nak tak nak, kena r like facebook pakcik ni.

Oh ya! Berbalik kepada tajuk asal *maaf lari tajuk.


ha!ni dia.Siapa tak nak voucher RM100 ni? Klik SINI untuk maklumat contest ini. Dan jangan lupa klik SINI juga untuk maklumat tentang havenrestaurant ini :D

Wahai PakCik Eyriqazz,

Sebab saya mahukan voucher ini kerana saya ingin membuat kejutan kepada keluarga saya. Al-maklumlah sebagai student, sering kehabisan wang/pinjaman dan sebagainya. JIKA dapat voucher ni, boleh lah saya belanja seisi keluarga saya di tempat makan yang cantik itu!

Jarang sekali dapat makan di tempat yang mewah-mewah seperti itu kerana keluarga saya dari golongan sederhana. Nak kata susah, tak de lar susah, nak kata senang lagi lah tidak. Sekali sekala dapat menang contest begini pun amatlah berharga bagi diriku :D

Dan sebab yang amat terakhir ialah ingin membalas jasa mama saya. Walaupun bergelar ibu tunggal, tapi dia tetap tabah menghadapi pelbagai ujian. Kerap kali juga saya membebankan beliau dengan masalah-masalah peribadi saya. Dengan voucher ini, dapat lah saya membuat beliau tersenyum mungkin juga sedikit bangga kerana anak sulung beliau belanja beliau! 


Weyh weyh Fazzil, Asha, dan Iffah dah lama tak tego korang.
Xmo join contest ni ke?Mari lar meramaikan!! :D

**Maaf sebab panggil pakcik.
***Maaf jika ada kekurangan.1st time join contest.Maklumlah orang baru.huhu~

Sekian~

No comments:

Post a Comment