Tuesday, March 15, 2011

Penggunaan istilah "Man U" adalah salah.

Salam semua. Tengok. Pagi-pagi da keluar post mengenai Man Utd.
Tapi keluarnya post sebegini bukan sebab Man Utd menang semalam, tetapi disebabkan oleh beberapa orang yang masih menggunakan istilah "Man U". Mungkin orang-orang jenis sebegini susah nak faham Bahasa Inggeris, so secara tak langsung aku bagi lar Bahasa Malaysia. Tak faham gak nnt aku translate ke bahasa lain ek?



Jangan sesekali anda menggunakan istilah "Man U" kerana istilah itu diwujudkan oleh pihak lawan yang mengutuk kemalangan yang berlaku dan melibatkan 23 kematian termasuk 8 orang pemain Man Utd iaitu Geoff Bent, Roger Byrne, Eddie Colman, Duncan Edwards, Mark Jones, David Pegg, Tommy Taylor dan Billy Whelan.

Oleh itu, jika anda menggunakan istilah "Man U", anda seperti mengutuk pasukan kesayangan anda sendiri.
Mungkin aku andaikan korang tak tahu atau tak faham apa yang diterangkan sebelum ni. Dan hope ini membantu korang untuk tidak menggunakan istilah "Man U".

Biasa-biasakan lah pakai istilah MU ke Man Utd ke atau yang bersesuaian ek? :)

Glory Glory Man Utd!!


Monday, March 14, 2011

Masashi Kishimoto pelukis komik Naruto masih hidup.

Salam. Apa yang terjadi di Jepun amatlah memilukan dan menyedihkan.
Tetapi, berita baiknya Masashi Kishimoto iaitu pelukis komik Naruto sudah disahkan masih lagi hidup dan selamat.
Dan khabar angin yang mengatakan Masashi Kishimoto sudah mati akibat gempa bumi adalah salah sama sekali.


Sebagai peminat anime, ini adalah khabar yang amat menggembirakan.
:)

Anda peminat anime lain dan risau mengenai pelukisnya?

Sunday, March 13, 2011

Tahniah Dato' Lee Chong Wei

Setinggi-tinggi penghormatan dan tahniah diucapkan kepada Dato' Lee Chong Wei kerana memenangi All England 2011.
Bukan sahaja dapat mempertahankan Kejuaraan All England nya itu, malah menewaskan seteru utama beliau iaitu Lin Dan.
Lin Dan kalah dengan straight set. 21 - 17 dan 21 - 17 dimenangi oleh Dato' Lee Chong Wei.



Berbangga dengan Malaysia kerana terdapat pemain bertaraf dunia di dunia badminton. Tetapi mampukah kita mencari pelapis untuk beliau? Mudah-mudahan ada.

Majulah sukan untuk Negara Malaysia!!

Friday, March 11, 2011

Tsunami melanda Jepun,dan dijangka Malaysia terkena tempiasnya.

Tsunami telah melanda jepun dengan kekuatan 8.9 magnitude.

Indonesia, Filipina dan Malaysia diberi amaran kemungkinan Tsunami. Tsunami dijangka sampai ke Malaysia dan Singapore bermula 6.30 petang ini. 

Harap semua tidak lepak di tepi pantai.Sebar2kan kepada rakan dan ahli keluarga.

Video nahas tsunami di jepun.