Friday, September 24, 2010

Malang Berganda!

Salam.
Post kali ni menyedihkan. Sangat menyedihkan untuk aku. Dah lar sakit mata, then malam tadi pada pukul 8:30 p.m. aku kemalangan. Nasib baik ayah aku yang drive. Kalau aku yang drive, mesti kena marah teruk.



mata aku yang saket :(




Ni ha kete kancil aku yang kena langgar tu.
Nasib baek kancil yang kena, kalau kete aku (iswara) pengsan r aku.
Repair aje da beratus2.

Alhamdulillah aku tak apa2. Cuma lebam2 sikit pada bahagian tangan belah kiri. Kalau korang perasan, tempat yang kena langgar tu bahagian belakang belah penumpang. Dan aku duduk di bahagian depan. Cuba bayangkan kalau bahagian depan yang kena langgar. Mau kemek aku kena.

Tapi apa2 pon Alhamdulillah sebab masih lagi bernafas. Syukur kepada Allah :)

Sunday, September 19, 2010

Raya atau movie raya?

Salam.
Seminggu lebih dah raya. Seronok tak? Perasan tak raya tahun ni banyak sangat cerita menarik yang dipaparkan di Tv. Tak kisah lar siaran apa pun, ada je cerita yang seronok. So terfikir gak, raya ni nak pergi minta maaf or tengok movieeeee sahajewwp?


Dari raya pertama, sampai lar hari ahad semalam 19/9/2010. Banyak sangat cerita menarik. Contohnya Spiderman 1,2,3. Tak lupa juga Narnia. Anak mami the movie, Jangan pandang belakang congkak, Cermin dan BANYAKKKK lagi. Ada 1 hari tu, aku tengah tengok mami jarum kot. Then jiran aku datang beraya. Aku pon salam-salam then tengok balik tv. Tak banyak berborak dengan tetamu dan TIDAK MELAYAN TETAMU. Dosa kau wahai zul azren. Tetamu datang kau boleh plak tengok tv. Sampai orang tu balik pon, aku stay tengok citer tu. Da habis, baru aku perasan, tadi jiran aku datang beraya. Oh LALAI! Teruk Teruk ko ni zul.


1 lagi kes ni. Masa tu malam. Mama aku da cakap awal-awal malam ni kita pergi beraya rumah sedara. Then aku pon siap lar awal. Dah siap-siap, aku bukak tv. WAH! Citer Spiderman 3. Aku pon apa lagi. Dok menghadap lar citer Spiderman yang baru start tu. Then bila whole family aku da siap, kitorang pon gerak ke umah makcik-makcik aku. Kat rumah makcik aku, aku boleh plak terburu-buru nak balik semata-mata nak tengok spiderman. *Tak suka tengok rumah orang. Tak boleh baring. Heheeee* Then aku berfikir, napa aku jadi macam ni. Mungkinkah sebab Movie raya ini aku hilang raya aku?


Korang cuba fikir, mesti banyak masa korang terluang tengok tv kan raya raya ni? Citer sume besh-besh. Macam berlumba-lumba plak channel tv ni nak berikan cerita yang terbaik kepada penonton-penonton tv tegar ni. Sepatutnya diorang perlahankan lar benda-benda movie ni. Kalau aku yang da besar ni pon boleh melekat tengok tv, apa tah lagi budak-budak kecik yang minat spiderman, narnia and so on.


Betol x?? So aku rasa movie raya ni patut dikurangkan supaya aku boleh fokus meminta maaf kepada semua orang. Tahun ni da teruk. Next year lar azam ek :p Dan kepada blogger-blogger yang baca post ni, minta maaf lar kalau ada terkasar bahasa atau terasa hati.

Tuesday, September 14, 2010

Raya!!

Salam. NgeEeee~


Percaya ke x? Dah berapa hari aku tak on9, sebab busy beraya r katakan. Macam mana korang nye raya? Besh ke? Banyak dapat duit raya? Heee~ Mesti r banyak kan. Sebab korang kan muda-muda ag. Ekekeke.


Korang percaya tak kalau aku cakap aku masak? Ahahaha. Jangan lar gelak. Ni citer betul lar. Hari terakhir puasa, my mama busy. So I decided tok masak sendiri. Cube teka aku masak ape? Ngeee~ mesti korang tak percaya. Aku masak makaroni goreng. Ahahaha. Seyes beb. Tak tipu. Lagipun aku mmg chef no 2 kat rumah after my mom. Sedap makaroni goreng aku masak. Tak percaya, tanya r adik-adik aku yang dah merasainye. :p


Then malam raya tu jugak lar aku tolong mama aku masak. Ada 3 lauk raya. Yang paling favourite, ayam masak merah. Tu wajib ada tiap-tiap tahun. Lauk favourite tu. Yang kedua, ayam rendang. Tapi mama aku masak x pedas punya, sebab adik-adik aku tak makan pedas. Yang terakhir, daging masak kari. Pergh... Malam tu je, tiga-tiga lauk aku bedal. Ahahahaha. Nampak sangat gelojoh kan? :p


Raya pertama, area dalam pukul 11 a.m. kitorang sekeluarga balik ke kampung. Eh tak tau ek mama aku orang mana? Melaka lar. Orang cakap orang Melaka ni kasar sikit.Tapi memang betol kot. Sebab bila aku balik kampung je, pakcik-pakcik aku mula lar "Laha*** ko azren, setahun sekali baru nak balik. Cela** betol". Ahaha. Aku kena pedih je. Sabar je lar. Tapi bagi diorang, tu ayat biasa je. Mungkin da biasa kasar. Tapi hati diorang baik. Diorang sentiasa prihatin terhadap nasib-nasib kitorang anak-beranak.


Uish kat kampung ada rendang ayam cili api. Perghh! Korang tak tau betapa sedapnya orang Melaka punya pedas. Uish. Pedih mulut kena rendang ayam cili api tu. Tapi memang terbaeek wok! Dari raya pertama tu sampai raya ketiga, kitorang jalan raya je. Sampai balik Klang pun tak habis berjalan raya. Sebenarnya, nenek aku da lama da meninggal. Sejak mama aku kecik lagi. So mama aku dibesarkan oleh adik-beradik nenek aku di Melaka. Tu pasal lar raya tak habis-habis jalan. Banyak sangat yang menjaga mama aku ni. Ahahaa. Tapi syok weyh. Masa berjalan raya lar baru tau aku ada dua,tiga pupu yang cantek2. Ekekeke. Guro je r..


Papepon, maaf lar da lama tak update blog. Busy sangat lar BERAYA. Semua benda busy, busy, busy. Rumah member pon tak dapat nak pergi lagi. Sekian, adios. Salam. :)

Monday, September 6, 2010

Klang Mari!!

Salam..
hehe ~ ~ :D
A lot happen masa aku jarang online untuk beberapa hari ni. Termasuk lah, aku sudah tiba di KLANG!! Gembiranya rasa dapat balik Klang lagi. Hehe.. Mulanya rancang nak balik pada 4/9 pada hari sabtu bersama jija, adik jija ( kawan sekolah andalas ) dan epy ( kawan sekelas di poli ). Tetapi disebabkan epy terpaksa balik awal sebelum hari sabtu, aku terpaksa balik pada hari jumaat meninggalkan jija dan adiknya. Masa tu aku serba salah gila nak bagitau jija yang aku terpaksa balik awal. Aku mesej dia hari jumaat tu bagitau masalah aku. Nasib baik dia dapat beli tiket bas. Tu buat aku lega sikit hari tu.


Then aku balik berdua je dengan epy. Pukul 5 kitorang bertolak dari Kuantan, then berbuka di tengah highway dulu, around pukul 8 baru kitorang tiba di Hentian Genting Sempah. Kitorang berbuka kat situ. Alhamdulillah jalan semua clear, xda kesesakan dan aku sampai di rumah dalam 9:30 p.m. Mak aku terkejut sebab aku tak beritahu dia yang aku balik jumaat tu. Ahahaha. Membebel lar kena ~ :p


Sekarang jam laptop aku menunjukkan 4:30 a.m. Sebenarnya aku baru balik dari Damansara. Ahaha. Hari ni aku balas dendam KAW-KAW punye :p  kan aritu aku cakap bulan puasa, aku jarang pergi karaoke, tengok wayang dan macam-macam lagi kan? Tapi hari ni, aku pergi tengok wayang cerita Piranha kat MBO yang terletak di Harbour Place pandamaran Klang. Ni ha aku nak cerita pasal MBO cinema ni sikit. Kepada sesiapa yang duduk Klang, tapi tak pernah pergi, menyesal lar korang. Sebab tempat dia CANTIK GILA. Walaupun aku pergi tengok wayang berdua sahaja dengan palil ( Fazzil ) tetapi enjoy jugak lar! :p


Lepas habis cerita tu, kitorang carik tempat berbuka sebab movie tadi abis around 6:40 p.m. Kitorang terus pergi Nasi Briyani King kat andalas. Ahaha. Nak tahu, aku sorang je makan almost RM20. Ahaha membazir kan? Tapi takper lah, sekali sekala. Ekekeke. Elok habis je makan, adi, member aku calling ajak keluar. Ahaha terus keluar berempat pergi ke kota damansara. Mulanya niat nak pergi uptown kota je. Tak pasal-pasal pergi karaoke. Dah lar tu, harga sejam RM20. Kitorang nak 2jam je. So total RM40 lar kan? Tengok-tengok ada package 3jam RM50. Ahaha terus lar kitorang sebat 3jam. Sampai tak tahu lar lagu apa nak nyanyi. Dari lagu rock kapak sampai ke joget dangdut aku nyanyi. Ahahaha.


Then lepak-lepak kat uptown, pastu balik. Tu yang baru sampai rumah ni. Aku tahu, kalau korang baca ni mesti korang nak marah aku kan? Tapi ni lar aku. Burung hantu. Tu gelaran mak aku kepada aku dan kawan-kawan aku ni. Alhamdulillah mak aku memahami sikit perangai anaknya ini.


Tapi kan, dalam happy yang teramat ni sebenarnya ada gak benda yang menyedihkan aku. Tapi its too complicated lau nak citer. Eh ok lar. Mak aku pon ngah masak tu. Baik aku pegi tolong sebelum dia bebel. Hehehe. :p

Wednesday, September 1, 2010

September!Oh Ogos!

Salam ~ ~
Hari ni sudah 1 September. Habis dah bulan Ogos.  Ogos da berlalu dengan tidak jayanya. Ahaha. Kenapa tidak jaya? Ada r. Banyak benda yang happen kat aku dan ada gak hajat yang tak kesampaian, thats why aku panggil tidak jayanya. Ahaha. Bulan Ogos ni banyak benda yang da berkurangan. Tapi berat badan saja tidak berkurang. Ahahaha. Korang gelakkan aku ek? Ahaha teruk r korang. :p


Aku jarang keluar rumah, jarang pergi karaoke, jarang main futsal. Apa yang aku buat? Duduk dalam bilik je. Kadang-kadang tengok movie, main fb, and blogging. Tu je keje aku. Tapi tak perlah, sebulan je aku duk gila macam ni. InsyaAllah lepas habis ramadhan ni, bermula lah aktiviti biasa aku. :p


Korang sambut tak merdeka? Aku tak sambut lar. Duk umah je ( tak tahu apesal suka sgt duduk rumah). Aku rasa kurang meriah r. Dah lar 3 orang je yang tinggal kat rumah sewa ni. Pastu tak tahu nak buat ape. Korang pegi mana je merdeka? Aku rasa macam makin jijik lar. Tengok laki pompuan berpeluk-peluk malam merdeka, kalau peluk je xpe r sgt, ni da kalah suami isteri. Bukan apa, aku jadi tak selesa tengok pemandangan macam tu. Sangat tak selesa. 


Merepek je keje aku kan? Ahaha. Nak bercerita tentang hari baru, bulan baru ni. Pagi-pagi lagi da terlepas kelas. Ahahaha. Kelas pukul 8 pagi da cancel, tapi kelas 10:30 pagi plak tak pegi. Bukan apa, bangun-bangun tengok jam pukul 10:59.. Ahaha memang tak dan lar nak pergi kelas. Pastuh kan, ada plak sorang minah ni sound aku kat FB. Aku dengan baru bangun tidurnya, bukak fb, terus sound-sound tak pergi kelas. Then nak report kat lect. Aku dengan panas hatinya sound lar balik. Dah mencarut sikit bulan puasa ni =.="  Teruk lar kau. Tapi aku tak nak minta maaf. Kau yang tak pasal-pasal sound aku. Kalau kau nak baik dengan aku, minta lar maaf kat aku.


Tapi kan, hari ni budak-budak kelas aku da arrange nak pergi berbuka 1 kelas dekat padang. Korang tak tahu ke? Kat Kuantan, ada tempat berbuka ramai-ramai kat padang. Nanti aku upload gambar bagi korang tengok ek? Besh weh :D


Ok lar. Setakat ni je dulu. Nanti apa-apa aku tulis lagi ek? Keep following my blog ~ Da ~
Salam.