Tuesday, December 28, 2010

Azam tahun 2011

Salam.
Wah wah wah. Dah lama tak update, update2 tros join contest.
Ahaha. Bukan apa, x salah meramaikan contest kan kan?
Mana tahu ada rezeki terselindung :p

Ok back to the topik. Azam Azam Azam.
Seriously 2011 ni ada azam yang sangat sangat kuat.
WAH! 
Nak tahu? Mana bole bagitahu. Rahsia lar.

Ahahaha. Kiddin je r.
Sebenarnya aku da hampir tamat pembelajaran.
Kalau segalanya lancar, habis lar diploma bulan 4 nanti.
Azam aku, dapatkan diploma in time. Work hard, study smart.
Xmo extend extend. 
Mr. Extend tolong pergi jauh jauh ye? Plis sgt2 =.=

Another 1, nak buat degree. Bulan Jan 2011 ni apply dan pertengahan 2011 nanti keluar r result nya.
Doa-doa kan ek supaya aku dapat sambung blaja ek?
Dapat 40 reader amin kan doa ni, Insyaallah makbul. heee~~



Nak sangat grad dengan berjaya. Bukan setakat tu je.
Aku nak mama aku bangga dengan anak sulungnya ni. Walaupun hanya sekadar diploma, aku akan cuba untuk mendapatkan degree pula selepas ini.

Azam Oh Azam. Stay strong taw!!

Thanks to MatJoe atas jemputan nya ke CONTEST azam ini.


Eh eh sebelum tu nak bagitahu ni,
contest ini dianjurkan oleh Matjoe dan turut ditaja oleh Eyriqazz(rm 50) Kak Ina KL (cookies rm50)  AbangEnsem (6 ebook, rm120), Kak Yon (3xrm10 topup, rm30) dan Tinihani (4 ribbon brooch, rm20)

Saturday, December 18, 2010

Ber'Couple' itu membebankan?

Salam.
Bangun je pagi-pagi terus fikir idea nak bagi blog ni makan. :D
dah terfikir lama dah nak tulis pasal tajuk ni.Tapi tu r.takde idea mendalam.

Sebelum apa-apa,saya nak mentionkan dulu yang tajuk post saya COUPLE itu membebankan?
Bukan CINTA.Sebab cinta mempunyai skop maksud yang luas dan boleh diertikan dalam pelbagai maksud.

Ada juga yang menakrifkan couple ini sebagai haram, tetapi saya taknak la menyentuh bab itu, kerana ia boleh menyentuh sensiviti orang. Sebab nya sesetengah kenalan saya menggunakan platform 'COUPLE' ini untuk mengenali pasangan dengan lebih rapat sebelum berumah tangga.Lain orang,lain lar tanggapannya.Betul?

Oke,back to the topic.Apa yang saya tulis,adalah hasil daripada apa yang saya lihat,perhatikan dan yang berlaku di sekeliling saya.

Kenapa?

1. Couple itu mengongkong.

Contoh aktiviti : Sikit-sikit telefon.Awak nak pergi mana?Buat apa?Dengan siapa?Naik apa?Kawan laki ke pompuan?

Result : Rimas tahap gaban.betul tak?


2. Couple itu mengundang maksiat.

Contoh aktiviti : "ala baby,xkan pegang sikit pun x boleh"

Result : dosa tu buat maksiat.beringat lar kawan :p setakat kenal hati budi tanpa wat dosa,xpe la.


3. Bergaduh.

Contoh aktiviti : Disebabkan tahap kejealousan yang tinggi, maka sesuatu perkara yang remeh,boleh bergaduh sakan.

Result : Ha.Result ni yang paling bahaya.Sebab result final exam pon boleh drop hasil daripada result ni.ish.bahaya tu.Takut gak kalau dapat pasangan panas baran.Mahu lebam dipukulnya.ish.


4. Kebosanan.

Contoh aktiviti : Start bercinta,mmg semua manis.Cuba tengok next 2years.Kalau masih bertahan.

Result : ni pon bahaya gak.Jadi serba salah kan?Sebab ada je yang serba tak kena dalam hubungan ni.


Ha.Tu dia.Saya tahu ramai yang tak setuju.Lain orang,lain lar tanggapannya kan? :D
Kalau tak setuju,just let me know ek?Bagi lar pandangan sekali.

Btw,kalau korang terfikir apa yang ditulis ni betul,dan kamu meminati seseorang itu.Berkawan lar dahulu dengan dia.
Dan ubahlah persahabatan itu kepada suami/isteri.Jangan convert kepada 'COUPLE'.Sebab apa?Baca di SINI.


Sekian.

Tuesday, December 14, 2010

Jangan tukar status sahabat kepada 'couple'.Kenapa?

Salam.
Wah wah wah. Pagi-pagi da kuar post yang sangat menarik. ekekeke~
Bukan apa, ni yang apa aku lihat berlaku dan terjadi di sekeliling aku.
*Berlaku dan terjadi sama je kan maksud dia? Ahahaha.

Kenapa aku kata jangan tukar status sahabat kepada 'Couple'?
Sebab-sebabnya :

1. Sahabat tidak akan meninggalkan kita, manakala 'Bercouple-couple ini pula boleh di 'clash-clash'.

2. Boleh menyebabkan putusnya hubungan persahabatan. Kebanyakkan saya lihat orang ber'couple',lepas tu 'clash' tidak akan tegur-menegur.

3. Susahnya nak 'Mengonvert' hubungan sahabat kepada 'awek/pakwe'. Yerla, masa berkawan boleh gurau-gurau kasar. Bila da 'couple' gurau sikit pon da melenting. Kan kan kan?

4. Sahabat menerima kita susah senang. Kalau korang mula-mula dating naik kereta. Then dating kali ke-4, korang ajak naik bas. Agak-agak apa awek korang akan cakap? Renung-renungkan lah.

Ha. Sekarang sudah faham ka?
Sebab tu aku cakap, jangan tukar status sahabat kepada berpacaran.
Tak salah. Memang tak ada hukum cakap haram or sebagainya.Tapi ni akan effect banyak benda dalam life korang. Percaya lah.

Lastly, aku cakap jangan convert sahabat kepada 'couple' Tapi kalau da berkenan sangat, convert lah kepada 'isteri/suami'. Insyaallah diberkati :)

*ke ada yang tak setuju?

Sunday, December 12, 2010

Artis Korea.Suju,sejuk?

Salam.
Tajuk hari ni gempak kan?Ahaha.Eh kejap kejap.Aku bukan lah seorang peminat artis-artis korea yang tegar pon.Setakat dengar kadang-kadang ada lar.
Tu pun layan WonderGirl je.Heee~ Aku suka tengok tarian diorang.Lagi-lagi lagu 'So Hot' dan 'Nobody'.
Ada sekali tu aku layan lagu 'So Hot' kat YOUTUBE,secara tiba-tiba tangan bergerak mengikut tarian diorang.Tanpa disedari tu.Ahaha.Kuat btol aura diorang ni ek.

Wonder Girl ~ ~

Tu mungkin bagi lelaki. Tapi bagi perempuan pula,ha ni dia.Sejuk.Eh silap. SUJU @ Super Junior.
Hang bukak lar facebook ke myspace ke,tanya friend hand yang perempuan. Majoriti kenal suju ni.
Dekat friend saya sahaja almost 80% yang minat pada suju ni. Dan setengah daripada itu 40% memang fanatik ya amat.
Kenapa saya cakap fanatik? Ahaha. Sekarang status beliau,beliau dan beliau peminat suju tu kebanyakan bahasa korea je. "Saranghayeo", "kamsahanida" dan sebagainya.Ahaha.Naik pening aku membaca status mereka-mereka itu.


Sejuk

Mungkin sebab mereka ada aura mereka tersendiri dan juga rupa yang menawan kot menjadi punca utama diminati oleh gadis-gadis melayu di Malaysia ini.
Tak salah pon. Tapi kalau semua nak minat suju ni,siapa nak minat Mawi? eh eh bukan. Faizal tahir? Mungkin sebab diorang tak pandai menari kot. Ke sebab artis-artis Malaysia ni tak seputih artis korea? Wah ayat.Kontroversi tu.ekekeke.

Dengar citer sejuk nak wat show ek kat Malaysia tahun depan? Sape yang pergi? Bagitahu ek. Mana lar tahu ada rezeki, nak gak tengok depan-depan. Ahaha. Kiddin.


*Nak tahu sgt apa sebab korang minat artis korea. 


GiveAway Haven Restaurant Cash Voucher From Eyriqazz.com

Salam.
Lama sudah tidak meng-UPDATE kan diri.
Al-maklumlah kesibukan melanda diri. Tatkala minggu pendaftaran dan sbgnya. :D

Walaupun sibuk teramat, saya masih meng-usha beberapa blog yang menarik perhatian saya.
Contohnya Blog PakCik Eyriqazz ni. Wah Wah. Dia memang banyak ilmu dalam dunia blog.
suka suka tengok blog dia.hoho~~
Sebenarnya saya bukanlah seorang blogger yang tegar. Wah gitu? ekekeke.
Terjumpa blog pakcik sorang ni pun disebabkan oleh kawan yang memerlukan vote pada My Raya Moment contest yang disertainya.
nak tak nak, kena r like facebook pakcik ni.

Oh ya! Berbalik kepada tajuk asal *maaf lari tajuk.


ha!ni dia.Siapa tak nak voucher RM100 ni? Klik SINI untuk maklumat contest ini. Dan jangan lupa klik SINI juga untuk maklumat tentang havenrestaurant ini :D

Wahai PakCik Eyriqazz,

Sebab saya mahukan voucher ini kerana saya ingin membuat kejutan kepada keluarga saya. Al-maklumlah sebagai student, sering kehabisan wang/pinjaman dan sebagainya. JIKA dapat voucher ni, boleh lah saya belanja seisi keluarga saya di tempat makan yang cantik itu!

Jarang sekali dapat makan di tempat yang mewah-mewah seperti itu kerana keluarga saya dari golongan sederhana. Nak kata susah, tak de lar susah, nak kata senang lagi lah tidak. Sekali sekala dapat menang contest begini pun amatlah berharga bagi diriku :D

Dan sebab yang amat terakhir ialah ingin membalas jasa mama saya. Walaupun bergelar ibu tunggal, tapi dia tetap tabah menghadapi pelbagai ujian. Kerap kali juga saya membebankan beliau dengan masalah-masalah peribadi saya. Dengan voucher ini, dapat lah saya membuat beliau tersenyum mungkin juga sedikit bangga kerana anak sulung beliau belanja beliau! 


Weyh weyh Fazzil, Asha, dan Iffah dah lama tak tego korang.
Xmo join contest ni ke?Mari lar meramaikan!! :D

**Maaf sebab panggil pakcik.
***Maaf jika ada kekurangan.1st time join contest.Maklumlah orang baru.huhu~

Sekian~

Tuesday, November 16, 2010

Cuti Semester!!

Salam.
Alhamdullilah. Setelah 2 minggu bertungkus lumus, berpeluh keringat membasahi bumi, akhirnya selesai juga semua paper final aku. Jaya atau tidak, tunggu result nnt ek? :p

Banyak yang da happen dalam hidup aku. Malam terakhir sebelum balik Klang aritu, team futsal aku wat frenly dengan budak sem 6 yang ingin menghabiskan sisa-sisa hari akhir mereka di Kuantan.
Eh lupa nak bagitu. Diorang wat jamuan last sem aritu. Balik je rumah sewa, bengkak2 mata. Nangis lar katakan. AHAHAHA. kelaka wei. tapi bila di pk2 balik. Btol gak. Mesti sedih setelah hampir 3 tahun bersama kemudian akan berpisah tok masa yang lama.

Oh berbalik kepada cerita yang asal. Team aku kalah kot. Tapi kalah tipis je kot. Sebab xda sape pon kire gol. Aku buat berapa gol? AHAHA. x yah tau r. kang korang kata aku bongkak plak. :p
Then balik ke Klang all goes well. Alhamdulillah.

Dan malam tadi. Aku tolong mama masak rendang. Aku TOLONG okay~? :p
ada lar sikit2, daripada xda langsung.

Sekian sahaja dari saya.
Sayang kawan2 ku! :D

Thursday, November 11, 2010

YAhoo~

Salam~

woot woot~~
Eh post ni bukan sebab yahoo.com or yahoo messenger lar.
ni sbb hati yang tengah bersuka ria dan cita :D

Bukan apa.Final da habis.So bole lar enjoy kembali~~
wah.enjoy lagi.dan lagi :p

Bukan apa.Penat kot study sampai tak tido sumtimes.
Study sampai kepala da x bole nak masok.
Banyak lagi r.So skang suda bebas.wah~

X sabar mahu balik KLANG.

Klang.Tunggu.Aku da nak balik ni :p

Saturday, November 6, 2010

Final week~

Maaf sangat3 da lama x update.
Busy tu ada lar sikit.
Biasa lar.Minggu2 final ni banyak fokus pada slide,note dan fb.
=.=
ada gak tu fb.AHAHA.

Biasa lar.Xley tinggal fb tu.Senang nak contact member2,
Tapi apa2pun, Man Utd menang match malam ni 2-1 lawan wolves.
Walaupun nampak goyah,but still unbeaten :D

Sempat lagi tengok bola kan? kan?
biasa lar.Lelaki.Hoho.

Wednesday, October 27, 2010

Musim putus cinta

Salam.


Maaf sangat2 lama da x update blog.busy sket r dengan assignment,presentation and projek.biasa lar.Student katakan.


Ni nak citer bukan pasal diri saya. Tetapi kawan-kawan di sekeliling saya. Tak tahu apa pasal, ramai plak kawan saya yang putus cinta minggu ni. Oh my? Mungkin musim putus cinta kot :D


Bukan apa,just nak bagitahu,even apa masalah yang datang,hadapi nya.


Hidup ini bagai satu cabaran,orang yang lemah sahaja akan give up dalam kehidupannya :)

Pakwe/makwe korang boleh carik ganti. Kenapa perlu menangisi kebodohan/ketidaktahuanhargaian(tidak tahu hargai)lelaki/perempuan itu. Percaya lah. Perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik, dan sebaliknya.

Friday, October 15, 2010

Puteri Hidupku.

Salam.
Tak tahu kenapa harini aku sebaksebak sangat.
aku teringatkan adik bongsu aku :(

Tasha, abg mintak maaf. Abg selalu marah,pukul tasha kan?
Abg bukan apa. Abg nak tasha takut pada seseorang.
Kita dah lar hidup tanpa ayah. So abg xnak lar perangai tasha jadi teruk.
Tasha je adik yang boleh abg bentuk. Adik2 abg lain semua da besa.
Bila tego sket je marah, xpon merajuk.




Jadi abg harap, tasha takkan marah abg kalau tasha ingat abg pernah marah tasha,pukul tasha.
abg cuma nak tasha berdisiplin. Kadangkadang lepas pukul tasha, tasha tak tahu abg nangis.
Abg sgt sygkan tasha.Betul.Tak tipu.
Bila kat sekolah tasha ada majlis sign report card. Mama plak bz jaga anak orang.
Tasha tanya abg, "kenapa ayah tak datang sign buku tu?"
Abg janji syg. Abg habis belajar, tiaptiap tahun abg akan pegi buat benda tu.
Abg akan jadi ayah tasha.Sbb abg da lama amek peranan tu sejak ayah tinggalkan kita :(


p/s:taktau kenapa sebak sgt ni.I juz miss u tasha.

Saturday, October 9, 2010

Hukum Kahwin.

Salam!
Huhu..tatau apa mimpi,tibe2 nak wat post pasal kahwin. hee :p
Tibe2 je mood berblogging ni aktif. Ahaha.
Tapi bukan x bersebab,ada sebab penting ni. Sekadar peringatan kepada kita sebelum kahwin.



Bernikah/Kahwin hukumnya jaiz(boleh).Ini ialah hukum yang asal. BAGAIMANAPUN ada beberapa sebab yang menyebabkan hukum ini berubah.

1. Wajib
          Kahwin boleh bertukar hukumnya menjadi wajib jika mereka mampu dari segi kewangan dan fizikal DAN sekiranya tidak berkahwin,boleh menyebabkan terjebak ke lembah zina.

2. Sunat
          Hukum kahwin boleh pula bertukar kepada sunat jika anda mampu dari segi kewangan dan fizikal TETAPI sekiranya tidak berkahwin,anda masih boleh mengawal nafsu gelora anda daripada mendekati zina.

3. Harus
          Harus hukumnya bagi seseorang berkahwin jika tiada sebab yang mendesak bagi mereka untuk berkahwin.

4. Makruh
          Makruh hukumnya jika mereka tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya tetapi mempunyai keinginan untuk berkahwin.

5. Haram
          Hukum kahwin boleh menjadi haram sekiranya mereka tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya, ATAUPUN perkahwinan yang berniat memudaratkan isterinya.


So, cuba kita fikir. Apakah hukum kahwin kita sendiri? Kalau wajib, cepat2 lar kahwin ye. Tapi aku tau kebanyakan kita semua student lagi,kan? So tidak mampu dari segi kewangan lorh! :p Mungkin hukumnya jadi makruh, tetapi x mengapa sangat lar kan? Asalkan tidak menjadi haram.

Tapi PERINGATAN kepada semua! Jika masa bercinta pun ada sampai angkat-angkat tangan. Aku rasa korang fikir lar elok-elok. Sebab HARAM hukumnya jika perkahwinan itu boleh memudaratkan isterinya itu.


p/s:pasal hukum ni, aku ada check beberapa website. Tapi kalau salah, jemput tegur ye :)

Friday, October 8, 2010

Jalan kehidupan


Pernah tak kadang-kadang terfikir yang hidup ni GILA,PELIK DAN MCM2 LAGI?
Kadang-kadang kita mesti ada terfikir kan apa lar yang akan berlaku kelak.
Kenapa kita tak ikut sahaja jalan yang sedang kita lalui?
Sebab mungkin KEPUTUSAN yang kita buat itu yang akan create jalan kehidupan kita.
So DECISION kita yang tentu jalan mana yang kita tuju.



Jangan tanya apa aku try beritahu.
sebab ini apa yang aku rasa :(



its hurts me.

Friday, September 24, 2010

Malang Berganda!

Salam.
Post kali ni menyedihkan. Sangat menyedihkan untuk aku. Dah lar sakit mata, then malam tadi pada pukul 8:30 p.m. aku kemalangan. Nasib baik ayah aku yang drive. Kalau aku yang drive, mesti kena marah teruk.



mata aku yang saket :(




Ni ha kete kancil aku yang kena langgar tu.
Nasib baek kancil yang kena, kalau kete aku (iswara) pengsan r aku.
Repair aje da beratus2.

Alhamdulillah aku tak apa2. Cuma lebam2 sikit pada bahagian tangan belah kiri. Kalau korang perasan, tempat yang kena langgar tu bahagian belakang belah penumpang. Dan aku duduk di bahagian depan. Cuba bayangkan kalau bahagian depan yang kena langgar. Mau kemek aku kena.

Tapi apa2 pon Alhamdulillah sebab masih lagi bernafas. Syukur kepada Allah :)

Sunday, September 19, 2010

Raya atau movie raya?

Salam.
Seminggu lebih dah raya. Seronok tak? Perasan tak raya tahun ni banyak sangat cerita menarik yang dipaparkan di Tv. Tak kisah lar siaran apa pun, ada je cerita yang seronok. So terfikir gak, raya ni nak pergi minta maaf or tengok movieeeee sahajewwp?


Dari raya pertama, sampai lar hari ahad semalam 19/9/2010. Banyak sangat cerita menarik. Contohnya Spiderman 1,2,3. Tak lupa juga Narnia. Anak mami the movie, Jangan pandang belakang congkak, Cermin dan BANYAKKKK lagi. Ada 1 hari tu, aku tengah tengok mami jarum kot. Then jiran aku datang beraya. Aku pon salam-salam then tengok balik tv. Tak banyak berborak dengan tetamu dan TIDAK MELAYAN TETAMU. Dosa kau wahai zul azren. Tetamu datang kau boleh plak tengok tv. Sampai orang tu balik pon, aku stay tengok citer tu. Da habis, baru aku perasan, tadi jiran aku datang beraya. Oh LALAI! Teruk Teruk ko ni zul.


1 lagi kes ni. Masa tu malam. Mama aku da cakap awal-awal malam ni kita pergi beraya rumah sedara. Then aku pon siap lar awal. Dah siap-siap, aku bukak tv. WAH! Citer Spiderman 3. Aku pon apa lagi. Dok menghadap lar citer Spiderman yang baru start tu. Then bila whole family aku da siap, kitorang pon gerak ke umah makcik-makcik aku. Kat rumah makcik aku, aku boleh plak terburu-buru nak balik semata-mata nak tengok spiderman. *Tak suka tengok rumah orang. Tak boleh baring. Heheeee* Then aku berfikir, napa aku jadi macam ni. Mungkinkah sebab Movie raya ini aku hilang raya aku?


Korang cuba fikir, mesti banyak masa korang terluang tengok tv kan raya raya ni? Citer sume besh-besh. Macam berlumba-lumba plak channel tv ni nak berikan cerita yang terbaik kepada penonton-penonton tv tegar ni. Sepatutnya diorang perlahankan lar benda-benda movie ni. Kalau aku yang da besar ni pon boleh melekat tengok tv, apa tah lagi budak-budak kecik yang minat spiderman, narnia and so on.


Betol x?? So aku rasa movie raya ni patut dikurangkan supaya aku boleh fokus meminta maaf kepada semua orang. Tahun ni da teruk. Next year lar azam ek :p Dan kepada blogger-blogger yang baca post ni, minta maaf lar kalau ada terkasar bahasa atau terasa hati.

Tuesday, September 14, 2010

Raya!!

Salam. NgeEeee~


Percaya ke x? Dah berapa hari aku tak on9, sebab busy beraya r katakan. Macam mana korang nye raya? Besh ke? Banyak dapat duit raya? Heee~ Mesti r banyak kan. Sebab korang kan muda-muda ag. Ekekeke.


Korang percaya tak kalau aku cakap aku masak? Ahahaha. Jangan lar gelak. Ni citer betul lar. Hari terakhir puasa, my mama busy. So I decided tok masak sendiri. Cube teka aku masak ape? Ngeee~ mesti korang tak percaya. Aku masak makaroni goreng. Ahahaha. Seyes beb. Tak tipu. Lagipun aku mmg chef no 2 kat rumah after my mom. Sedap makaroni goreng aku masak. Tak percaya, tanya r adik-adik aku yang dah merasainye. :p


Then malam raya tu jugak lar aku tolong mama aku masak. Ada 3 lauk raya. Yang paling favourite, ayam masak merah. Tu wajib ada tiap-tiap tahun. Lauk favourite tu. Yang kedua, ayam rendang. Tapi mama aku masak x pedas punya, sebab adik-adik aku tak makan pedas. Yang terakhir, daging masak kari. Pergh... Malam tu je, tiga-tiga lauk aku bedal. Ahahahaha. Nampak sangat gelojoh kan? :p


Raya pertama, area dalam pukul 11 a.m. kitorang sekeluarga balik ke kampung. Eh tak tau ek mama aku orang mana? Melaka lar. Orang cakap orang Melaka ni kasar sikit.Tapi memang betol kot. Sebab bila aku balik kampung je, pakcik-pakcik aku mula lar "Laha*** ko azren, setahun sekali baru nak balik. Cela** betol". Ahaha. Aku kena pedih je. Sabar je lar. Tapi bagi diorang, tu ayat biasa je. Mungkin da biasa kasar. Tapi hati diorang baik. Diorang sentiasa prihatin terhadap nasib-nasib kitorang anak-beranak.


Uish kat kampung ada rendang ayam cili api. Perghh! Korang tak tau betapa sedapnya orang Melaka punya pedas. Uish. Pedih mulut kena rendang ayam cili api tu. Tapi memang terbaeek wok! Dari raya pertama tu sampai raya ketiga, kitorang jalan raya je. Sampai balik Klang pun tak habis berjalan raya. Sebenarnya, nenek aku da lama da meninggal. Sejak mama aku kecik lagi. So mama aku dibesarkan oleh adik-beradik nenek aku di Melaka. Tu pasal lar raya tak habis-habis jalan. Banyak sangat yang menjaga mama aku ni. Ahahaa. Tapi syok weyh. Masa berjalan raya lar baru tau aku ada dua,tiga pupu yang cantek2. Ekekeke. Guro je r..


Papepon, maaf lar da lama tak update blog. Busy sangat lar BERAYA. Semua benda busy, busy, busy. Rumah member pon tak dapat nak pergi lagi. Sekian, adios. Salam. :)

Monday, September 6, 2010

Klang Mari!!

Salam..
hehe ~ ~ :D
A lot happen masa aku jarang online untuk beberapa hari ni. Termasuk lah, aku sudah tiba di KLANG!! Gembiranya rasa dapat balik Klang lagi. Hehe.. Mulanya rancang nak balik pada 4/9 pada hari sabtu bersama jija, adik jija ( kawan sekolah andalas ) dan epy ( kawan sekelas di poli ). Tetapi disebabkan epy terpaksa balik awal sebelum hari sabtu, aku terpaksa balik pada hari jumaat meninggalkan jija dan adiknya. Masa tu aku serba salah gila nak bagitau jija yang aku terpaksa balik awal. Aku mesej dia hari jumaat tu bagitau masalah aku. Nasib baik dia dapat beli tiket bas. Tu buat aku lega sikit hari tu.


Then aku balik berdua je dengan epy. Pukul 5 kitorang bertolak dari Kuantan, then berbuka di tengah highway dulu, around pukul 8 baru kitorang tiba di Hentian Genting Sempah. Kitorang berbuka kat situ. Alhamdulillah jalan semua clear, xda kesesakan dan aku sampai di rumah dalam 9:30 p.m. Mak aku terkejut sebab aku tak beritahu dia yang aku balik jumaat tu. Ahahaha. Membebel lar kena ~ :p


Sekarang jam laptop aku menunjukkan 4:30 a.m. Sebenarnya aku baru balik dari Damansara. Ahaha. Hari ni aku balas dendam KAW-KAW punye :p  kan aritu aku cakap bulan puasa, aku jarang pergi karaoke, tengok wayang dan macam-macam lagi kan? Tapi hari ni, aku pergi tengok wayang cerita Piranha kat MBO yang terletak di Harbour Place pandamaran Klang. Ni ha aku nak cerita pasal MBO cinema ni sikit. Kepada sesiapa yang duduk Klang, tapi tak pernah pergi, menyesal lar korang. Sebab tempat dia CANTIK GILA. Walaupun aku pergi tengok wayang berdua sahaja dengan palil ( Fazzil ) tetapi enjoy jugak lar! :p


Lepas habis cerita tu, kitorang carik tempat berbuka sebab movie tadi abis around 6:40 p.m. Kitorang terus pergi Nasi Briyani King kat andalas. Ahaha. Nak tahu, aku sorang je makan almost RM20. Ahaha membazir kan? Tapi takper lah, sekali sekala. Ekekeke. Elok habis je makan, adi, member aku calling ajak keluar. Ahaha terus keluar berempat pergi ke kota damansara. Mulanya niat nak pergi uptown kota je. Tak pasal-pasal pergi karaoke. Dah lar tu, harga sejam RM20. Kitorang nak 2jam je. So total RM40 lar kan? Tengok-tengok ada package 3jam RM50. Ahaha terus lar kitorang sebat 3jam. Sampai tak tahu lar lagu apa nak nyanyi. Dari lagu rock kapak sampai ke joget dangdut aku nyanyi. Ahahaha.


Then lepak-lepak kat uptown, pastu balik. Tu yang baru sampai rumah ni. Aku tahu, kalau korang baca ni mesti korang nak marah aku kan? Tapi ni lar aku. Burung hantu. Tu gelaran mak aku kepada aku dan kawan-kawan aku ni. Alhamdulillah mak aku memahami sikit perangai anaknya ini.


Tapi kan, dalam happy yang teramat ni sebenarnya ada gak benda yang menyedihkan aku. Tapi its too complicated lau nak citer. Eh ok lar. Mak aku pon ngah masak tu. Baik aku pegi tolong sebelum dia bebel. Hehehe. :p

Wednesday, September 1, 2010

September!Oh Ogos!

Salam ~ ~
Hari ni sudah 1 September. Habis dah bulan Ogos.  Ogos da berlalu dengan tidak jayanya. Ahaha. Kenapa tidak jaya? Ada r. Banyak benda yang happen kat aku dan ada gak hajat yang tak kesampaian, thats why aku panggil tidak jayanya. Ahaha. Bulan Ogos ni banyak benda yang da berkurangan. Tapi berat badan saja tidak berkurang. Ahahaha. Korang gelakkan aku ek? Ahaha teruk r korang. :p


Aku jarang keluar rumah, jarang pergi karaoke, jarang main futsal. Apa yang aku buat? Duduk dalam bilik je. Kadang-kadang tengok movie, main fb, and blogging. Tu je keje aku. Tapi tak perlah, sebulan je aku duk gila macam ni. InsyaAllah lepas habis ramadhan ni, bermula lah aktiviti biasa aku. :p


Korang sambut tak merdeka? Aku tak sambut lar. Duk umah je ( tak tahu apesal suka sgt duduk rumah). Aku rasa kurang meriah r. Dah lar 3 orang je yang tinggal kat rumah sewa ni. Pastu tak tahu nak buat ape. Korang pegi mana je merdeka? Aku rasa macam makin jijik lar. Tengok laki pompuan berpeluk-peluk malam merdeka, kalau peluk je xpe r sgt, ni da kalah suami isteri. Bukan apa, aku jadi tak selesa tengok pemandangan macam tu. Sangat tak selesa. 


Merepek je keje aku kan? Ahaha. Nak bercerita tentang hari baru, bulan baru ni. Pagi-pagi lagi da terlepas kelas. Ahahaha. Kelas pukul 8 pagi da cancel, tapi kelas 10:30 pagi plak tak pegi. Bukan apa, bangun-bangun tengok jam pukul 10:59.. Ahaha memang tak dan lar nak pergi kelas. Pastuh kan, ada plak sorang minah ni sound aku kat FB. Aku dengan baru bangun tidurnya, bukak fb, terus sound-sound tak pergi kelas. Then nak report kat lect. Aku dengan panas hatinya sound lar balik. Dah mencarut sikit bulan puasa ni =.="  Teruk lar kau. Tapi aku tak nak minta maaf. Kau yang tak pasal-pasal sound aku. Kalau kau nak baik dengan aku, minta lar maaf kat aku.


Tapi kan, hari ni budak-budak kelas aku da arrange nak pergi berbuka 1 kelas dekat padang. Korang tak tahu ke? Kat Kuantan, ada tempat berbuka ramai-ramai kat padang. Nanti aku upload gambar bagi korang tengok ek? Besh weh :D


Ok lar. Setakat ni je dulu. Nanti apa-apa aku tulis lagi ek? Keep following my blog ~ Da ~
Salam.

Sunday, August 29, 2010

Mahasiswa tidak boleh berpolitik?

Salam.
Ngeee ~ ~ :D
Bila cakap pasal berpolitik, orang akan fikir, "ouh politik? Kotor!". Sebenarnya tak pun. Sebenarnya politik ni adalah sesuatu yang bagus. Tidak kira la parti mana yang bertanding sekalipun. Kita yang akan mengundi untuk memilih wakil rakyat kita! Oh yeah! TETAPI, adakah anda tahu yang mahasiswa dilarang berpolitik?


Ini dia fakta yang aku dapat jumpa tadi.


"Kabinet bersetuju melarang penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terlibat dalam parti politik, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin."


Statement ni bukanlah sesuatu yang lama. Ianya baru dinyatakan pada 11 Ogos 2010. Lalu aku pun berfikir, kenapa mahasiswa tidak dibenarkan politik? Aku cuba faham, adakah ada pihak yang takut dengan kebangkitan mahasiswa-mahasiswa ini? Ataupun mahasiswa tidak matang? Ni dia statement yang menarik(clickable).


Tidak sama sekali. Mahasiswa ini adalah pihak yang sentiasa berfikir, mencari dan mendengar cerita atau berita di sekeliling walaupun ada sesetengah fakta tidak dipaparkan di MEDIA PERDANA. Aku tak bercakap sebab aku berada di pihak ini atau itu. Aku cuma bercakap mengenai hak-hak pelajar. Kenapa mesti pelajar atau mahasiswa-mahasiswa ini dilarang berpolitik? Entah lar. Cuma aku berharap ada orang akan tampil membangkitkan isu ini walaupun aku tahun depan baru boleh mengundi. Ahaha. :D

Saturday, August 28, 2010

Thanks wei.

Thanks r wei. Aku tak tau asal malam tadi aku 'emo' sangat. Sebenarnye aku nak cerita what happened malam tadi. Aku ada sukakan seseorang. I mean I fall in love with her a years ago. Until now. Aku sangat sayangkan dia. We spent a lot of time together. Walaupon dia dah berpunya, tapi aku still tunggu dia. Aku ingat lagi time dia 'break' wif her boyfriend last year, aku seolah-oleh berharap sangat she have a look at me. Tapi hampa. Entah macam mana, tau-tau dia da kapel wif sumone else. Mungkin sebab sumone else tu rapat dekat dengan dia kot. Almaklumlah tinggal berdekatan je. Aku ni jauh sikit.

Kitorang banyak bergaduh pasal her past. She still cannot lupakan her 1st love. Aku banyak kali pesan "e***, jadi setia, jadi setia. Lupakan kenangan dulu". Tapi dia masih tak boleh lupakan. Aku cuma takut ko berlaku curang e***. Aku still tunggu dia sampai malam tadi before kitorang gaduh. Kitorang gaduh sebab apa yang aku takutkan da berlaku. She's back to her 1st love for a while(aku tak tau bpe lama dia kapel wif her 1st balik) then she realised yang dia buat silap, dia balik kat pakwe dia yang skang balik.

Aku tak tahu macam mana rasa 1st love tu sampai ko boleh terkenang even a year. Ko kena belajar jadi setia. Walaupun aku cintakan ko, tapi aku tak pernah minta ko datang kepada aku. Aku cuma nak ko fokus on ur study, dan setia wif ur bf. Malam tadi kita msg.

ko : ko tacing ke zul?
aku : eh x r. da ni yang ko nak. apa aku boleh wat?
ko : sory. tapi ko tak tau apa yang da berlaku masa kita lost contact jap ni.
aku : ha?wat happen?
ko : pasal aku and im** dan fa***. macam-macam da berlaku.
aku : kan aku da agak! whats wrong with u e***??

Aku pon mula lar melenting. Mulanya aku ingat aku marah sebab dia curang, tapi entah lar. Bila fikir-fikir balik apa sebenarnya sebab aku marah. Adakah sebab dia tak pernah sedar kehadiran aku selama setahun ini? Oh lupa nak nyatakan. Selama setahun penungguan aku ni, aku sering jadi tempat dia mengadu. Her problem wif family, wif her bf. Aku selesa macam tu. And dia pun tau aku mengharapkan cinta dia. Tapi entah kenapa, dia tak boleh rasa semua tu.

Aku sayangkan ko. Tapi entah lar. Kalau boleh, aku sentiasa nak ada di sisi ko. Family aku da kenal ko, alhamdulillah family ko pun da kenal aku (sebab dulu aku selalu pegi rumah dia). Semua masalah ko dulu, aku tahu. Dan aku masih simpannya, E***. Bila jadi begini, aku memang tak nak pergi. Tak tahu apa pasal. Aku cuma nak ko, lupakan apa yang dah lepas. Jadi kuat. Thanks sangat sebab selama ni, selalu hepykan aku :)

Friday, August 27, 2010

Kawan-Kawan



Salam ~ ~
Tak tahu kenapa rasa nak bercerita mengenai sahabat handai aku semua lak ni. Ahahaha. So mula dari sekolah rendah dulu lar erk? (Aku bercerita tak ikut turutan sape lagi penting tau. Takmo ada sesape yang terasa hati plak. Ok aku start dengan Zarol Hamidi bin Mazlan. Anak Pakcik Lan Panjang si memang rapat dengan aku dari sekolah rendah lagi. So many things kitorang treasure bersama. Kan Zarol kan? Dari pergi kokurikulum sampai ke ponteng sekolah, semua kitorang buat bersama. Lagi 1, kitorang selalu gak lepak Cyber Cafe kat andalas tu dulu. Semua tu gara-gara pengaruh si Shahrul Asyraf Bin Sapri.

Ahaha Shahrul ni plak selalu bawak pengaruh. Eh eh eh. Bukan semua pengaruh negatif, banyak gak pengaruh positif nya. Ahahaha jangan berfikiran negatif korang ni. Kitorang bertiga memang rapat dari kecik. Tapi bila Shahrul pindah, then aku pulak pindah, kitorang bertiga da LOST. TOTALLY LOST. Lost contact, lost friendship and so on. Tapi now tak tahu how kitorang manage jumpa balik and lepak king semula :D
(rasa-rasanya jumpa dalam facebook balik kan?)

Next Noorhidayu Binti Yussof. Minah ni senget. Eh bukan. Comot sebenarnya. Sebab dia 1 team dengan aku dulu masa sekolah rendah iaitu Team Comot-comot. Kitorang x HOT ok?? :p Dia ni hepy go lucky, mata bulat, badan tak berapa nak bulat kot? Ahaha jangan marah ek cik ayu. Tapi dia pernah lupakan aku masa sekolah menengah. Tak mo r nyatakan why. Tapi aku tau dia sedar her mistake and now she's better and better. Dah makin lawa kot skang :p

Jija and Lop. Atau nama penuhnya Raja Nor Atiqa and Raja Muhammad Rafiq(aku pon tatau asal nama korang tiba-tiba jadi jija dan lop) Korang r kawan sepermainan aku!!!!! Korang da r sebaya, mati-mati aku ingat korang kembar masa mula-mula kenal. Ahahaha. Tapi rupa-rupanya berbeza bulan. Kalau takde korang, tak tahu lah sape lar yang nak temankan aku main kat court berek tu dulu. Ekekeke.

Raja atau nama penuhnya Raja Aishah. Walaupun ko masuk sekolah lambat sikit dari yang lain, tapi tak tahu why kita still manage untuk berhubung kan sampai sekarang? Walau kita tak berapa rapat kat sekolah dulu, tapi ko lar punca aku dapat berhubung dengan Shahrul balik. Tak tahu pulak aku boleh track Shahrul kat facebook. Thanks ek. Sape cakap kita tak ada kenangan together? Ada r. Dulu aku selalu kacau ko, kan kan kan? :p

Edited(tambah sebab tertinggal,pukul lar aku wahai kawan :D,sesungguhnya peringatan tu yang buat kita saling ingat-mengingati)

Ha, ada lagi sorang ni yang sering jadi peneman suka dan duka aku. Nama dia Aminuddin, dia dulu gemok. Oh ya, besar macam aku! Ahahaha tapi tak tahu kenapa sekarang dia sudah tough. Kitorang banyak buat kerja bersama. Kerja yang dimaksudkan ialah ponteng tuisyen! Ahahaha peristiwa ni berlaku masa darjah 5 dan 6. Kitorang lah kaki ponteng!!! Apepon sekarang kitorang da jaoh. Really jaoh :(

Lagi sorang, Fazlee,digelar oli. Ni lagi sorang, start darjah 5 baru kitorang rapat. Dia ni kan.. gila counter-strike. Ala game yang main tembak-tembak tu. Sampai kitorang terbawak-bawak ke dalam kehidupan sebenar. Nak tahu macam mana?? Rumah oli ni terletak di tingkat 5, manakala rumah aku bawah sekali. So setiap kali, aku nampak oli kat atas, aku jerit "Fire in the hole". Ahahaha. Kelaka kan? Tu r aku dengan oli kecik2. Tapi skang, Oli da ada member ag rapat dari aku :)


Ha ni lar nama-nama yang rapat dengan aku sampai sekarang.

Nak cerita lagi,memang ramai. Sangat ramai. Nanti aku ada masa,aku cerita pasal sekolah menengah plak ek?

p/s : sori lar.sebenarnye, aku tak hafal nama penuh korang. Just tulis je. Kalau salah, pukul je aku. :p

My Family.

Kat profile aku pun aku da mentioned serba sedikit mengenai diri aku. Tapi kali ini, aku akan cerita lebih detail lagi mengenai diri aku. Im Muhammad zul azren, dilahirkan di Hospital Besar Kajang pada 30/11/1990. Mempunyai seorang ibu tunggal yang cekal dan tabah, iaitu Norsham Binti Khalil. Thanks mama sebab menjadi seorang yang amat cekal dan tabah walaupun hanya kamu seorangan. Oh ya lupa nak mentioned why i called my mom single mother. My parents divorce when im 16. Sebabnye? Well its all my dad fault. Jangan tanya kenapa, because i know everything.


Selain itu, saya ada 3 lagi adik di bawah saya. Anak yang ke2, Nurul Izma Izzati. Seorang yang banyak cakap, degil, kuat ilang mood and macam2 lagi. Kitorang sering bergaduh. Pernah sekali kitorang bergaduh sampai tak bertegur almost 1 year. Aku nangis sorang-sorang pon pernah bila fikir balik. I miss old the moment we have together, izma. Abang nak ko tau, abang pentingkan ko. Kadang-kadang abang marah sebab nak ko jadi baik. Maafkan abang.


Adik aku yang seterusnya, Muhammad Zul Akmal. Kalau korang tak kenal dia, mungkin korang akan cakap "Oh budak nakal ni". Tapi sebenanrnya TAK. Dia seorang adik yang baik. Mungkin cuma kurang perhatian dan mungkin juga sebab kesan dari penceraian my parents dia jadi agak nakal sedikit. Tapi kan, dia stylo. Mungkin sebab dia kurus + tinggi, thats why nampak macam tu. He's an etlit. Dia main bola sepak dari kecik lagi. Aku r coach dia. AHAHAHA. 


Yang last skali, Nurul Nabila Natasha. Paling comel, paling cute and paling cantik.  Kat rumah, slalu sangat gaduh dengan akak dia, Nurul Izma Izzati pasal benda-benda kecik. Tapi kan Tasha, Abang selalu menangis sebab Tasha. Tasha dapat duduk 1 rumah dengan ayah cuma dalam 4 tahun je. Tasha mesti rindu ayah kan? Abang faham. Kadang-kadang abang tahan air mata bila tanya abang macam-macam soalan. Abang tak nak nangis sebab abang tak mahu orang tahu abang sedih. Lagi-lagi mama. Kalau abang nangis, abang tahu, mama pon mesti nangis.


Ni lar family aku yang kecik ni. Kiorang ada 5. Dan akan stay hanya 5! :D

Finally!

Ngaaa!
Dulu pernah gak aku bercita-cita nak buat blog. Tapi entah kenapa sebab malas or anything else aku tak buat blog. Now bila tengok blog orang, rasa nak sangat made my own blog.
Any story bout myself, or around me, aku boleh tulis without ganggu orang lain!