Saturday, January 22, 2011

Gambar Doraemon tapi COMEL??

Salam.Hari ni aku nak bukak pekung di dada lar.
Gambar di bawah ini semua adalah wallpaper aku selama ni.
Ahaha kekanak-kanakkan kan aku ni? Biar lar!
Aku suka sebab smart. woah~
Feel free tok amek jika berminat.Dan share kan dengan kawan.Let they also know bout this cute wallpaper :)
Harry Potter

Street fighter

Star Wars

SpongeBob

Autobot Transform! :D

DragonBall

Batman
Superman

Oh lastly,lupa nak habaq.tuan empunya blog ini sudah in a relationship.wif who?Ahaha.
nanti lar ek aku bagitau :)

Saturday, January 8, 2011

Ramalan Zul untuk AJL pada malam ni.

Salam.Anugerah juara lagu ke-25 malam ni kan kan?
Bangun je tadi ternampak post brother eyriqazz tentang ramalan beliau untuk AJL di SINI.


Terus terfikir,eh salah ni ramalan dia.Because aku ada ramalan tersendiri. :D

1. Juara AJL 25 - Faizal Tahir (Hanyut)
2. Naib Juara AJL 25 - Meet Uncle Hussein dan Black (Drama King)
3. Tempat ke3 AJL 25 - Hafiz (Noktah Cinta)
4. Vokal Terbaik AJL 25 - Black (Sofea Jane)
5. Persembahan Terbaik AJL 25 - Stacy (Jahat)

Ha!Tu dia ramalan nya. Seperti biasa, Faizal Tahir menjadi Favourite untuk AJL 25 kali ni.
Black yang juga pemenang bagi Vokal Terbaik AJL yang lepas juga antara yang dijangka akan mempertahankan kejohanan beliau.
Tak lupa Hafiz dengan noktah cinta yang liriknya amatlah menyentuh perasaan.
Dan lastly, Stacy yang sentiasa energetic dalam persembahan nya.
Walaupun tidak mendapat sebarang anugerah untuk AJL yang lepas, tetapi mungkin kali ini rezeki Stacy pula untuk memenangi Persembahan Terbaik AJL 25 dengan TARIAN NYA!

Jahat budak Jahat! :D

Friday, January 7, 2011

Filem Genre Seram Mengamuk-ngamuk di pawagam?

Salam semua.
Ni first time saya berbicara mengenai Filem di pawagam.
Bukan apa,jika dilihat pada tahun 2007 sewaktu "Jangan Pandang Belakang" menemui pawagam, ia mendapat kutipan tertinggi pada hari pertama tayangannya mencecah RM410,000.
Dan berjaya mendapat kutipan jualan tiket filem melayu tertinggi bernilai RM6.33 juta di Malaysia sahaja.(statistik diambil sehingga tarikh 6 Mei 2007 sahaja)



Kemudian muncul pula "Congkak" yang dikatakan tidak mencapai sasaran penjualan.
Tidak lupa juga "Jangan Tegur" yang rata-rata dikritik kerana jalan ceritanya yang tidak memuaskan hati penonton.Namun begitu,jualan tiket bagi kedua-dua filem tersebut melebihi RM4juta setiap satu.
Bukan angka yang kecik tu.

Melihat pengurangan di dalam penjualan tiket di Malaysia bagi genre seram ini, muncul lah pula genre seram lawak.
"Jangan Pandang Belakang Congkak" dan "Jangan Pandang Belakang Congkak 2".
Kedua-dua filem ini saling berkait."JPBC2" adalah sambungan bagi "JPBC".
"JPBC" mengutip RM6.3juta manakala "JPBC2" mengutip 4.23juta sahaja.

Yang terbaru "Hantu kak limah balik rumah" yang berjaya mengutip RM6.89juta.
Dan yang paling tertinggi ialah "Ngangkung" sebanyak RM8juta.



Ini yang berjaya meng-BoxOffice kan tayangan mereka.
Bagaimana pula dengan "Janin","Khurafat" dan "Damping malam"?

Jika dilihat terlalu banyak filem bergenre seram ditayangkan.
Mengamuk-ngamuk di pawagam.Tetapi ada sesetengahnya mempunyai jalan cerita yang teramatlah sangat teruk.
Jika dilihat dari trailer filem tersebut,seakan-akan mempunyai jalan cerita yang amat dahsyat,tetapi jika pergi menonton amat lah dahsyat kecewa nya.
Adakah ini hanyalah demi keuntungan semata-mata?


Banyak sgt filem genre seram pon x oke sgt,
menyebabkan jadi sangat bosannnnn.

Saturday, January 1, 2011

Sambutan New Year!

Salam.
Yeah!2011 suda mari!!!
bye bye 2010.2010 bawa banyak erti kepada aku.Pelbagai cerita,dugaan,dan macam2 lagi yang berlaku pada 2010.
Bagaimanapun,2010 sudah pergi,bukalah buku yang baru,tutup buku yang lama.

buka buku baru

Maafkan lar sesama manusia,dan lupakan lah dendam.
Kan tu lebih diberkati.Mana tahu 2011 boleh jadi tahun yang dirahmati untuk korg semua kan?
Tak rugi pon memaafkan orang yang ada buat salah dengan kite. :)

Oh ya.Berbalik kepada tajuk tu ha.Sambutan New Year!
Korang g sambut ke?kat mana?ada ape je?
Ouh.best tak?best tak?

Aku?Tak pergi mana2 pon :)
sebabnya?Banyak faktor yang mempengaruhi sebab aku ni.Nak tau?

1. Dah tua.Dah tak bersemangat macam muda-muda =.=

2. Tak tahu nak pergi mana kat Kuantan ni.

3. It just another day!!

Puas hati dengar? :D
1.1.2011 ke 2.1.2011 ke,ia cuma hari yang baru.So aku just ikut flow je r.Hari pon memang akan bertambah.Maksiat yang bertambah ada lar.huhu~
Bila baca post Cek Sara Cute Muet tentang new year,baru terfikir betul gak ek.
hee~ tqtq cek sara cute.eh muet?Bukan Malaysian University English Test lar.
sebenarnya cek sara cute miut. :p