Salam semua. Tengok. Pagi-pagi da keluar post mengenai Man Utd.
Tapi keluarnya post sebegini bukan sebab Man Utd menang semalam, tetapi disebabkan oleh beberapa orang yang masih menggunakan istilah "Man U". Mungkin orang-orang jenis sebegini susah nak faham Bahasa Inggeris, so secara tak langsung aku bagi lar Bahasa Malaysia. Tak faham gak nnt aku translate ke bahasa lain ek?
Jangan sesekali anda menggunakan istilah "Man U" kerana istilah itu diwujudkan oleh pihak lawan yang mengutuk kemalangan yang berlaku dan melibatkan 23 kematian termasuk 8 orang pemain Man Utd iaitu Geoff Bent, Roger Byrne, Eddie Colman, Duncan Edwards, Mark Jones, David Pegg, Tommy Taylor dan Billy Whelan.
Oleh itu, jika anda menggunakan istilah "Man U", anda seperti mengutuk pasukan kesayangan anda sendiri.
Mungkin aku andaikan korang tak tahu atau tak faham apa yang diterangkan sebelum ni. Dan hope ini membantu korang untuk tidak menggunakan istilah "Man U".
Biasa-biasakan lah pakai istilah MU ke Man Utd ke atau yang bersesuaian ek? :)
Glory Glory Man Utd!!