Friday, January 7, 2011

Filem Genre Seram Mengamuk-ngamuk di pawagam?

Salam semua.
Ni first time saya berbicara mengenai Filem di pawagam.
Bukan apa,jika dilihat pada tahun 2007 sewaktu "Jangan Pandang Belakang" menemui pawagam, ia mendapat kutipan tertinggi pada hari pertama tayangannya mencecah RM410,000.
Dan berjaya mendapat kutipan jualan tiket filem melayu tertinggi bernilai RM6.33 juta di Malaysia sahaja.(statistik diambil sehingga tarikh 6 Mei 2007 sahaja)



Kemudian muncul pula "Congkak" yang dikatakan tidak mencapai sasaran penjualan.
Tidak lupa juga "Jangan Tegur" yang rata-rata dikritik kerana jalan ceritanya yang tidak memuaskan hati penonton.Namun begitu,jualan tiket bagi kedua-dua filem tersebut melebihi RM4juta setiap satu.
Bukan angka yang kecik tu.

Melihat pengurangan di dalam penjualan tiket di Malaysia bagi genre seram ini, muncul lah pula genre seram lawak.
"Jangan Pandang Belakang Congkak" dan "Jangan Pandang Belakang Congkak 2".
Kedua-dua filem ini saling berkait."JPBC2" adalah sambungan bagi "JPBC".
"JPBC" mengutip RM6.3juta manakala "JPBC2" mengutip 4.23juta sahaja.

Yang terbaru "Hantu kak limah balik rumah" yang berjaya mengutip RM6.89juta.
Dan yang paling tertinggi ialah "Ngangkung" sebanyak RM8juta.



Ini yang berjaya meng-BoxOffice kan tayangan mereka.
Bagaimana pula dengan "Janin","Khurafat" dan "Damping malam"?

Jika dilihat terlalu banyak filem bergenre seram ditayangkan.
Mengamuk-ngamuk di pawagam.Tetapi ada sesetengahnya mempunyai jalan cerita yang teramatlah sangat teruk.
Jika dilihat dari trailer filem tersebut,seakan-akan mempunyai jalan cerita yang amat dahsyat,tetapi jika pergi menonton amat lah dahsyat kecewa nya.
Adakah ini hanyalah demi keuntungan semata-mata?


Banyak sgt filem genre seram pon x oke sgt,
menyebabkan jadi sangat bosannnnn.

2 comments:

Miss Li3na said...

damping mlm xbes..so3 borg...:S
ngangkung leh la kot..

zul said...

tu r dikatakn trailer nmpk mcm best.
tp jalan citer hampeh.

Post a Comment