Saturday, October 9, 2010

Hukum Kahwin.

Salam!
Huhu..tatau apa mimpi,tibe2 nak wat post pasal kahwin. hee :p
Tibe2 je mood berblogging ni aktif. Ahaha.
Tapi bukan x bersebab,ada sebab penting ni. Sekadar peringatan kepada kita sebelum kahwin.



Bernikah/Kahwin hukumnya jaiz(boleh).Ini ialah hukum yang asal. BAGAIMANAPUN ada beberapa sebab yang menyebabkan hukum ini berubah.

1. Wajib
          Kahwin boleh bertukar hukumnya menjadi wajib jika mereka mampu dari segi kewangan dan fizikal DAN sekiranya tidak berkahwin,boleh menyebabkan terjebak ke lembah zina.

2. Sunat
          Hukum kahwin boleh pula bertukar kepada sunat jika anda mampu dari segi kewangan dan fizikal TETAPI sekiranya tidak berkahwin,anda masih boleh mengawal nafsu gelora anda daripada mendekati zina.

3. Harus
          Harus hukumnya bagi seseorang berkahwin jika tiada sebab yang mendesak bagi mereka untuk berkahwin.

4. Makruh
          Makruh hukumnya jika mereka tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya tetapi mempunyai keinginan untuk berkahwin.

5. Haram
          Hukum kahwin boleh menjadi haram sekiranya mereka tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya, ATAUPUN perkahwinan yang berniat memudaratkan isterinya.


So, cuba kita fikir. Apakah hukum kahwin kita sendiri? Kalau wajib, cepat2 lar kahwin ye. Tapi aku tau kebanyakan kita semua student lagi,kan? So tidak mampu dari segi kewangan lorh! :p Mungkin hukumnya jadi makruh, tetapi x mengapa sangat lar kan? Asalkan tidak menjadi haram.

Tapi PERINGATAN kepada semua! Jika masa bercinta pun ada sampai angkat-angkat tangan. Aku rasa korang fikir lar elok-elok. Sebab HARAM hukumnya jika perkahwinan itu boleh memudaratkan isterinya itu.


p/s:pasal hukum ni, aku ada check beberapa website. Tapi kalau salah, jemput tegur ye :)

No comments:

Post a Comment