Monday, September 6, 2010

Klang Mari!!

Salam..
hehe ~ ~ :D
A lot happen masa aku jarang online untuk beberapa hari ni. Termasuk lah, aku sudah tiba di KLANG!! Gembiranya rasa dapat balik Klang lagi. Hehe.. Mulanya rancang nak balik pada 4/9 pada hari sabtu bersama jija, adik jija ( kawan sekolah andalas ) dan epy ( kawan sekelas di poli ). Tetapi disebabkan epy terpaksa balik awal sebelum hari sabtu, aku terpaksa balik pada hari jumaat meninggalkan jija dan adiknya. Masa tu aku serba salah gila nak bagitau jija yang aku terpaksa balik awal. Aku mesej dia hari jumaat tu bagitau masalah aku. Nasib baik dia dapat beli tiket bas. Tu buat aku lega sikit hari tu.


Then aku balik berdua je dengan epy. Pukul 5 kitorang bertolak dari Kuantan, then berbuka di tengah highway dulu, around pukul 8 baru kitorang tiba di Hentian Genting Sempah. Kitorang berbuka kat situ. Alhamdulillah jalan semua clear, xda kesesakan dan aku sampai di rumah dalam 9:30 p.m. Mak aku terkejut sebab aku tak beritahu dia yang aku balik jumaat tu. Ahahaha. Membebel lar kena ~ :p


Sekarang jam laptop aku menunjukkan 4:30 a.m. Sebenarnya aku baru balik dari Damansara. Ahaha. Hari ni aku balas dendam KAW-KAW punye :p  kan aritu aku cakap bulan puasa, aku jarang pergi karaoke, tengok wayang dan macam-macam lagi kan? Tapi hari ni, aku pergi tengok wayang cerita Piranha kat MBO yang terletak di Harbour Place pandamaran Klang. Ni ha aku nak cerita pasal MBO cinema ni sikit. Kepada sesiapa yang duduk Klang, tapi tak pernah pergi, menyesal lar korang. Sebab tempat dia CANTIK GILA. Walaupun aku pergi tengok wayang berdua sahaja dengan palil ( Fazzil ) tetapi enjoy jugak lar! :p


Lepas habis cerita tu, kitorang carik tempat berbuka sebab movie tadi abis around 6:40 p.m. Kitorang terus pergi Nasi Briyani King kat andalas. Ahaha. Nak tahu, aku sorang je makan almost RM20. Ahaha membazir kan? Tapi takper lah, sekali sekala. Ekekeke. Elok habis je makan, adi, member aku calling ajak keluar. Ahaha terus keluar berempat pergi ke kota damansara. Mulanya niat nak pergi uptown kota je. Tak pasal-pasal pergi karaoke. Dah lar tu, harga sejam RM20. Kitorang nak 2jam je. So total RM40 lar kan? Tengok-tengok ada package 3jam RM50. Ahaha terus lar kitorang sebat 3jam. Sampai tak tahu lar lagu apa nak nyanyi. Dari lagu rock kapak sampai ke joget dangdut aku nyanyi. Ahahaha.


Then lepak-lepak kat uptown, pastu balik. Tu yang baru sampai rumah ni. Aku tahu, kalau korang baca ni mesti korang nak marah aku kan? Tapi ni lar aku. Burung hantu. Tu gelaran mak aku kepada aku dan kawan-kawan aku ni. Alhamdulillah mak aku memahami sikit perangai anaknya ini.


Tapi kan, dalam happy yang teramat ni sebenarnya ada gak benda yang menyedihkan aku. Tapi its too complicated lau nak citer. Eh ok lar. Mak aku pon ngah masak tu. Baik aku pegi tolong sebelum dia bebel. Hehehe. :p

6 comments:

Anonymous said...

ta ajk pn weh..hahahha

Daeng Irra said...

wah!burung antu nie da tlpas dr srgnye ea..
kuikui2=)

zul said...

tu r.nasib baik razzi xdpt cuti ag. :p

palil_az said...

adakah aku crita sedih nye itu..sori

zul said...

ish bukan r.jgn pikir camtu.
ni hal laen lerw!lau kes ko tu,xde r complicated sgt.ahaha.

palil_az said...

hush..kira adalah ar ea..tp betul dowh...mak aku bebel kowt..tunggu kepulgan ank nye itu...xthn aku kena..pgi 2 jugak...aku rase sbb nama kiter sama ar dowh...2 sbb dia rasa xslmt jew..haha...

Post a Comment