Friday, January 7, 2011

Filem Genre Seram Mengamuk-ngamuk di pawagam?

Salam semua.
Ni first time saya berbicara mengenai Filem di pawagam.
Bukan apa,jika dilihat pada tahun 2007 sewaktu "Jangan Pandang Belakang" menemui pawagam, ia mendapat kutipan tertinggi pada hari pertama tayangannya mencecah RM410,000.
Dan berjaya mendapat kutipan jualan tiket filem melayu tertinggi bernilai RM6.33 juta di Malaysia sahaja.(statistik diambil sehingga tarikh 6 Mei 2007 sahaja)



Kemudian muncul pula "Congkak" yang dikatakan tidak mencapai sasaran penjualan.
Tidak lupa juga "Jangan Tegur" yang rata-rata dikritik kerana jalan ceritanya yang tidak memuaskan hati penonton.Namun begitu,jualan tiket bagi kedua-dua filem tersebut melebihi RM4juta setiap satu.
Bukan angka yang kecik tu.

Melihat pengurangan di dalam penjualan tiket di Malaysia bagi genre seram ini, muncul lah pula genre seram lawak.
"Jangan Pandang Belakang Congkak" dan "Jangan Pandang Belakang Congkak 2".
Kedua-dua filem ini saling berkait."JPBC2" adalah sambungan bagi "JPBC".
"JPBC" mengutip RM6.3juta manakala "JPBC2" mengutip 4.23juta sahaja.

Yang terbaru "Hantu kak limah balik rumah" yang berjaya mengutip RM6.89juta.
Dan yang paling tertinggi ialah "Ngangkung" sebanyak RM8juta.



Ini yang berjaya meng-BoxOffice kan tayangan mereka.
Bagaimana pula dengan "Janin","Khurafat" dan "Damping malam"?

Jika dilihat terlalu banyak filem bergenre seram ditayangkan.
Mengamuk-ngamuk di pawagam.Tetapi ada sesetengahnya mempunyai jalan cerita yang teramatlah sangat teruk.
Jika dilihat dari trailer filem tersebut,seakan-akan mempunyai jalan cerita yang amat dahsyat,tetapi jika pergi menonton amat lah dahsyat kecewa nya.
Adakah ini hanyalah demi keuntungan semata-mata?


Banyak sgt filem genre seram pon x oke sgt,
menyebabkan jadi sangat bosannnnn.

Saturday, January 1, 2011

Sambutan New Year!

Salam.
Yeah!2011 suda mari!!!
bye bye 2010.2010 bawa banyak erti kepada aku.Pelbagai cerita,dugaan,dan macam2 lagi yang berlaku pada 2010.
Bagaimanapun,2010 sudah pergi,bukalah buku yang baru,tutup buku yang lama.

buka buku baru

Maafkan lar sesama manusia,dan lupakan lah dendam.
Kan tu lebih diberkati.Mana tahu 2011 boleh jadi tahun yang dirahmati untuk korg semua kan?
Tak rugi pon memaafkan orang yang ada buat salah dengan kite. :)

Oh ya.Berbalik kepada tajuk tu ha.Sambutan New Year!
Korang g sambut ke?kat mana?ada ape je?
Ouh.best tak?best tak?

Aku?Tak pergi mana2 pon :)
sebabnya?Banyak faktor yang mempengaruhi sebab aku ni.Nak tau?

1. Dah tua.Dah tak bersemangat macam muda-muda =.=

2. Tak tahu nak pergi mana kat Kuantan ni.

3. It just another day!!

Puas hati dengar? :D
1.1.2011 ke 2.1.2011 ke,ia cuma hari yang baru.So aku just ikut flow je r.Hari pon memang akan bertambah.Maksiat yang bertambah ada lar.huhu~
Bila baca post Cek Sara Cute Muet tentang new year,baru terfikir betul gak ek.
hee~ tqtq cek sara cute.eh muet?Bukan Malaysian University English Test lar.
sebenarnya cek sara cute miut. :p

Tuesday, December 28, 2010

Azam tahun 2011

Salam.
Wah wah wah. Dah lama tak update, update2 tros join contest.
Ahaha. Bukan apa, x salah meramaikan contest kan kan?
Mana tahu ada rezeki terselindung :p

Ok back to the topik. Azam Azam Azam.
Seriously 2011 ni ada azam yang sangat sangat kuat.
WAH! 
Nak tahu? Mana bole bagitahu. Rahsia lar.

Ahahaha. Kiddin je r.
Sebenarnya aku da hampir tamat pembelajaran.
Kalau segalanya lancar, habis lar diploma bulan 4 nanti.
Azam aku, dapatkan diploma in time. Work hard, study smart.
Xmo extend extend. 
Mr. Extend tolong pergi jauh jauh ye? Plis sgt2 =.=

Another 1, nak buat degree. Bulan Jan 2011 ni apply dan pertengahan 2011 nanti keluar r result nya.
Doa-doa kan ek supaya aku dapat sambung blaja ek?
Dapat 40 reader amin kan doa ni, Insyaallah makbul. heee~~



Nak sangat grad dengan berjaya. Bukan setakat tu je.
Aku nak mama aku bangga dengan anak sulungnya ni. Walaupun hanya sekadar diploma, aku akan cuba untuk mendapatkan degree pula selepas ini.

Azam Oh Azam. Stay strong taw!!

Thanks to MatJoe atas jemputan nya ke CONTEST azam ini.


Eh eh sebelum tu nak bagitahu ni,
contest ini dianjurkan oleh Matjoe dan turut ditaja oleh Eyriqazz(rm 50) Kak Ina KL (cookies rm50)  AbangEnsem (6 ebook, rm120), Kak Yon (3xrm10 topup, rm30) dan Tinihani (4 ribbon brooch, rm20)

Saturday, December 18, 2010

Ber'Couple' itu membebankan?

Salam.
Bangun je pagi-pagi terus fikir idea nak bagi blog ni makan. :D
dah terfikir lama dah nak tulis pasal tajuk ni.Tapi tu r.takde idea mendalam.

Sebelum apa-apa,saya nak mentionkan dulu yang tajuk post saya COUPLE itu membebankan?
Bukan CINTA.Sebab cinta mempunyai skop maksud yang luas dan boleh diertikan dalam pelbagai maksud.

Ada juga yang menakrifkan couple ini sebagai haram, tetapi saya taknak la menyentuh bab itu, kerana ia boleh menyentuh sensiviti orang. Sebab nya sesetengah kenalan saya menggunakan platform 'COUPLE' ini untuk mengenali pasangan dengan lebih rapat sebelum berumah tangga.Lain orang,lain lar tanggapannya.Betul?

Oke,back to the topic.Apa yang saya tulis,adalah hasil daripada apa yang saya lihat,perhatikan dan yang berlaku di sekeliling saya.

Kenapa?

1. Couple itu mengongkong.

Contoh aktiviti : Sikit-sikit telefon.Awak nak pergi mana?Buat apa?Dengan siapa?Naik apa?Kawan laki ke pompuan?

Result : Rimas tahap gaban.betul tak?


2. Couple itu mengundang maksiat.

Contoh aktiviti : "ala baby,xkan pegang sikit pun x boleh"

Result : dosa tu buat maksiat.beringat lar kawan :p setakat kenal hati budi tanpa wat dosa,xpe la.


3. Bergaduh.

Contoh aktiviti : Disebabkan tahap kejealousan yang tinggi, maka sesuatu perkara yang remeh,boleh bergaduh sakan.

Result : Ha.Result ni yang paling bahaya.Sebab result final exam pon boleh drop hasil daripada result ni.ish.bahaya tu.Takut gak kalau dapat pasangan panas baran.Mahu lebam dipukulnya.ish.


4. Kebosanan.

Contoh aktiviti : Start bercinta,mmg semua manis.Cuba tengok next 2years.Kalau masih bertahan.

Result : ni pon bahaya gak.Jadi serba salah kan?Sebab ada je yang serba tak kena dalam hubungan ni.


Ha.Tu dia.Saya tahu ramai yang tak setuju.Lain orang,lain lar tanggapannya kan? :D
Kalau tak setuju,just let me know ek?Bagi lar pandangan sekali.

Btw,kalau korang terfikir apa yang ditulis ni betul,dan kamu meminati seseorang itu.Berkawan lar dahulu dengan dia.
Dan ubahlah persahabatan itu kepada suami/isteri.Jangan convert kepada 'COUPLE'.Sebab apa?Baca di SINI.


Sekian.

Tuesday, December 14, 2010

Jangan tukar status sahabat kepada 'couple'.Kenapa?

Salam.
Wah wah wah. Pagi-pagi da kuar post yang sangat menarik. ekekeke~
Bukan apa, ni yang apa aku lihat berlaku dan terjadi di sekeliling aku.
*Berlaku dan terjadi sama je kan maksud dia? Ahahaha.

Kenapa aku kata jangan tukar status sahabat kepada 'Couple'?
Sebab-sebabnya :

1. Sahabat tidak akan meninggalkan kita, manakala 'Bercouple-couple ini pula boleh di 'clash-clash'.

2. Boleh menyebabkan putusnya hubungan persahabatan. Kebanyakkan saya lihat orang ber'couple',lepas tu 'clash' tidak akan tegur-menegur.

3. Susahnya nak 'Mengonvert' hubungan sahabat kepada 'awek/pakwe'. Yerla, masa berkawan boleh gurau-gurau kasar. Bila da 'couple' gurau sikit pon da melenting. Kan kan kan?

4. Sahabat menerima kita susah senang. Kalau korang mula-mula dating naik kereta. Then dating kali ke-4, korang ajak naik bas. Agak-agak apa awek korang akan cakap? Renung-renungkan lah.

Ha. Sekarang sudah faham ka?
Sebab tu aku cakap, jangan tukar status sahabat kepada berpacaran.
Tak salah. Memang tak ada hukum cakap haram or sebagainya.Tapi ni akan effect banyak benda dalam life korang. Percaya lah.

Lastly, aku cakap jangan convert sahabat kepada 'couple' Tapi kalau da berkenan sangat, convert lah kepada 'isteri/suami'. Insyaallah diberkati :)

*ke ada yang tak setuju?

Sunday, December 12, 2010

Artis Korea.Suju,sejuk?

Salam.
Tajuk hari ni gempak kan?Ahaha.Eh kejap kejap.Aku bukan lah seorang peminat artis-artis korea yang tegar pon.Setakat dengar kadang-kadang ada lar.
Tu pun layan WonderGirl je.Heee~ Aku suka tengok tarian diorang.Lagi-lagi lagu 'So Hot' dan 'Nobody'.
Ada sekali tu aku layan lagu 'So Hot' kat YOUTUBE,secara tiba-tiba tangan bergerak mengikut tarian diorang.Tanpa disedari tu.Ahaha.Kuat btol aura diorang ni ek.

Wonder Girl ~ ~

Tu mungkin bagi lelaki. Tapi bagi perempuan pula,ha ni dia.Sejuk.Eh silap. SUJU @ Super Junior.
Hang bukak lar facebook ke myspace ke,tanya friend hand yang perempuan. Majoriti kenal suju ni.
Dekat friend saya sahaja almost 80% yang minat pada suju ni. Dan setengah daripada itu 40% memang fanatik ya amat.
Kenapa saya cakap fanatik? Ahaha. Sekarang status beliau,beliau dan beliau peminat suju tu kebanyakan bahasa korea je. "Saranghayeo", "kamsahanida" dan sebagainya.Ahaha.Naik pening aku membaca status mereka-mereka itu.


Sejuk

Mungkin sebab mereka ada aura mereka tersendiri dan juga rupa yang menawan kot menjadi punca utama diminati oleh gadis-gadis melayu di Malaysia ini.
Tak salah pon. Tapi kalau semua nak minat suju ni,siapa nak minat Mawi? eh eh bukan. Faizal tahir? Mungkin sebab diorang tak pandai menari kot. Ke sebab artis-artis Malaysia ni tak seputih artis korea? Wah ayat.Kontroversi tu.ekekeke.

Dengar citer sejuk nak wat show ek kat Malaysia tahun depan? Sape yang pergi? Bagitahu ek. Mana lar tahu ada rezeki, nak gak tengok depan-depan. Ahaha. Kiddin.


*Nak tahu sgt apa sebab korang minat artis korea. 


GiveAway Haven Restaurant Cash Voucher From Eyriqazz.com

Salam.
Lama sudah tidak meng-UPDATE kan diri.
Al-maklumlah kesibukan melanda diri. Tatkala minggu pendaftaran dan sbgnya. :D

Walaupun sibuk teramat, saya masih meng-usha beberapa blog yang menarik perhatian saya.
Contohnya Blog PakCik Eyriqazz ni. Wah Wah. Dia memang banyak ilmu dalam dunia blog.
suka suka tengok blog dia.hoho~~
Sebenarnya saya bukanlah seorang blogger yang tegar. Wah gitu? ekekeke.
Terjumpa blog pakcik sorang ni pun disebabkan oleh kawan yang memerlukan vote pada My Raya Moment contest yang disertainya.
nak tak nak, kena r like facebook pakcik ni.

Oh ya! Berbalik kepada tajuk asal *maaf lari tajuk.


ha!ni dia.Siapa tak nak voucher RM100 ni? Klik SINI untuk maklumat contest ini. Dan jangan lupa klik SINI juga untuk maklumat tentang havenrestaurant ini :D

Wahai PakCik Eyriqazz,

Sebab saya mahukan voucher ini kerana saya ingin membuat kejutan kepada keluarga saya. Al-maklumlah sebagai student, sering kehabisan wang/pinjaman dan sebagainya. JIKA dapat voucher ni, boleh lah saya belanja seisi keluarga saya di tempat makan yang cantik itu!

Jarang sekali dapat makan di tempat yang mewah-mewah seperti itu kerana keluarga saya dari golongan sederhana. Nak kata susah, tak de lar susah, nak kata senang lagi lah tidak. Sekali sekala dapat menang contest begini pun amatlah berharga bagi diriku :D

Dan sebab yang amat terakhir ialah ingin membalas jasa mama saya. Walaupun bergelar ibu tunggal, tapi dia tetap tabah menghadapi pelbagai ujian. Kerap kali juga saya membebankan beliau dengan masalah-masalah peribadi saya. Dengan voucher ini, dapat lah saya membuat beliau tersenyum mungkin juga sedikit bangga kerana anak sulung beliau belanja beliau! 


Weyh weyh Fazzil, Asha, dan Iffah dah lama tak tego korang.
Xmo join contest ni ke?Mari lar meramaikan!! :D

**Maaf sebab panggil pakcik.
***Maaf jika ada kekurangan.1st time join contest.Maklumlah orang baru.huhu~

Sekian~